Monday, January 20, 2014

Petua Meningkatkan Penghadaman Makanan


Petua Meningkatkan Penghadaman MakananMungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak hadam dengan sempurna. Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan pengkhadaman.

1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain

Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad S.A.W


Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad S.A.W | Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.
Wallahua'lam.

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.