Friday, February 7, 2014

Tips Pilih Baju Kemeja Lelaki


Tips Pilih Baju Kemeja Lelaki | Jika kaum Hawa berasa tidak lengkap tanpa dress atau skirt dalam almari, kaum Adam juga sebenarnya sama juga begitu, tetapi bukan dengan dress tapi pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips bagaimana untuk memilih kemeja yang terbaik supaya anda tampak menarik dan segak bergaya;
Saiz
Ini adalah perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. 'Slim fit' antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, 'slim fit' membuatkan anda tampil segak bergaya.


Fabrik 
Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Fabrik yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. 'Italian Cotton' adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan jenis fabrik, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat.


Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.


Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar 'narrow' yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.


Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti 'Windowpanel' dan 'Pastel'.

Thursday, February 6, 2014

Tips Kempiskan Perut Buncit Dengan Mudah



Tips Kempiskan Perut Dengan MudahPasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.


Jaga pemakanan

Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 



Berhenti makan lewat malam

Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 



Tinggalkan makanan & minuman ringan

Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 



Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 



Lakukan senaman kardio

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. 



Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!



Wednesday, February 5, 2014

Strawberi Dalam Losyen Baik Untuk Kulit


Strawberi Dalam Losyen Baik Untuk KulitKhasiat buah strawberi untuk kulit memang sudah lama diketahui semenjak abad ke-18 lagi, apabila buah tersebut mula ditanam di benua Eropah, khususnya negara Perancis. Terdapat beberapa sumber sejarah yang mengatakan bahawa Theresa Tallien, seorang heroin revolusi Perancis gemar bermandi strawberi untuk mengekalkan kulit cantik. 


Menurut penyelidik Universiti Politecnia delle Marche di Itali, Maurizio Battino, kesan ekstrak strawberi sebagai pelindung dari sinar UV telahpun disahkan melalui beberapa kajian yang dibuat. 


Para saintis menyediakan kultur sel kulit yang dicampurkan dengan ekstrak strawberi dengan kepekatan 0.05, 0.25, dan 05 miligram per mililiter. Dengan menggunakan cahaya UV, sampel tersebut kemudiannya didedahkan kepada cahaya UV yang bersamaan dengan pancaran terik matahari selama 90 minit di Riviera Perancis. 


Data mengesahkan bahawa ekstrak strawberi tersebut bukan sahaja berjaya melindungi sel kulit dari sinar UV, malah ianya juga mampu meningkatkan ketahanan sel dan menurunkan kerosakan yang berlaku pada DNA. 


Para saintis juga percaya bahawa kemampuan strawberi dalam melindungi kulit adalah disebabkan oleh kandungan pigmen yang dikenali sebagai antosianin yang juga berfungsi memberikan warna merah kepada daun, bunga dan buah-buahan. 


Kompaun antosianin bersifat antioksidan, antitumor dan berupaya mengurangkan radang kulit.

SUMBER

Tuesday, February 4, 2014

Kesan Sampingan Kerap Makan Telur


Kesan Sampingan Kerap Makan Telur Telur adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai fungsi. Boleh dijadikan dadar, telur rebus, telur mata malahan juga digunakan untuk dibuat roti, kek dan sebagainya. Malah, jika anda terlalu lapar, hidangkan nasi panas, telur mata, kicap dan sedikit sambal belacan sudah memadai malah enak. Tapi perlu diingatkan makan telur setiap hari atau banyak kali boleh mendatangkan kemudaratan. Nak tahu, kami kongsi!

Meningkatkan kolesterol
Telur mengandungi lemak sekitar 200mg per butir. Penggunaan 6 butir dalam seminggu adalah batas maksimum yang dibenarkan. Namun jumlah ini juga harus diimbangi dengan aktiviti gaya hidup yang lebih dinamik. Jika tidak, tanpa sedar tubuh akan mengalami peningkatan kolesterol dan tingkatkan risiko sakit jantung.

Risiko diabetes
Kandungan lemak dalam telur juga boleh mencetuskan penyakit kencing manis, terutama pada wanita. Makan telur ayam setiap hari membuat lelaki berisiko 55% mengalami diabetes jenis dua manakala wanita kira-kira 77%.

Hasilkan jerawat
Telur juga boleh membuat kulit kita terkumpul minyak atau mengalami jerawat hormon. Telur sama halnya seperti kacang dan makanan pedas, sama-sama boleh mencetuskan munculnya jerawat di kulit.

Menambah berat badan
Kerana kandungan lemaknya tinggi, telur juga boleh membuat kita menambah berat badan. Jika wanita atau sesiapa yang inginkan kenaikan berat badan, cuba makan telur 2-3 kali sehari nescaya ianya berkesan.

Ketidakseimbangan hormon
Penggunaan terlalu banyak telur membuat hormon mudah turun naik. Apalagi pada wanita. Penggunaan protein haiwan ini sebaiknya diatur dengan makan lebih banyak sayur dan buah untuk mengimbangi kesan sampingnya.

Menimbulkan alergi
Bagi anda yang mudah alergi makanan, telur jenis tertentu (telur tiruan) boleh membuat kita mengalami alergi. Bila anda ingin menggunakan telur, selalu perhatikan aadakah telur anda berkualiti baik, tidak busuk, kulitnya tidak retak dan sebagainya. Hal ini boleh mengelakkan anda daripada mengambil telur tidak bersih.

Monday, February 3, 2014

Pakai Kasut Tumit Tinggi Tanpa Kesakitan


Pakai Kasut Tumit Tinggi Tanpa KesakitanWanita dan kasut tinggi boleh dikatakan tidak boleh dipisahkan. Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat wanita kelihatan bergaya dan seksi, malah mereka juga memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci serta memberi keyakinan diri.

Tetapi pemakai kasut tinggi juga berdepan masalah kesihatan apabila memakainya kerana memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan postur badan tidak baik, membuat kaki anda lemah dan menyebabkan anda sakit belakang


Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri anda sakit kerana kasut tumit tinggi. 



Cara berjalan

Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai 'flat shoes' - dengan setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda. 


Rehatkan kaki anda

Adalah baik untuk memberi kaki anda berehat sekali-sekala . Tanggalkan kastu tumit anda dan reganggkan atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda 'bernafas' untuk seketika. Rendamkan di dalam bekas berisi air suam berisi aromaterapi. 


Pilih ketinggian tumit sesuai

Pilih tumit wajar yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaj wedges. 


Jangan memakai kasut tumit jika anda berdiri atau berjalan untuk masa yang lama

Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada 4 kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya 2 hari di antaranya. Ini juga membantu kasut anda bertahan lebih lama. 


Pilih dari fabrik yang sesuai

Kini terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki anda dan mengurangkan geseran kulit kaki dan kasut yang menyebabkan kaki melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak menerima stres dari tapak kasut yang keras. 


Beli kasut dari jenama yang baik

Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa.